9.22.2010

Galaxy Milky Way ( Galaksi Bima Sakti)

Galaksi Bima Sakti (Milky Way - terjemahan daripada Bahasa Latin: Via Lactea, berasal daripada Bahasa Greek: Γαλαξίας (Galaxias) kadang kala merujuk kepada "the Galaxy"), adalah galaksi pilin berpalang yang merupakan sebahagian galaksi Kumpulan Tempatan dan terletaknya Sistem Suria. Satah galaksi Bima Sakti dapat dilihat dari Bumi sebagai jalur cahaya di langit malam dan rupa jalur cahaya berkenaan merupakan inspirasi kepada nama galaksi ini.
Sesetengah sumber mengatakan sebenarnya istilah Milky Way sepatutnya merujuk secara eksklusifnya kepada pemerhatian jalur cahaya berkenaan, sementara nama penuh Milky Way Galaxy atau disebut sebagai the Galaxy seharusnya digunakan bagi menerangkan galaksi berkenaan sebagai astrofizikal seluruhnya.
Galaksi Bima Sakti, sebagaimana pandangannya dari Bumi yang berada pada salah satu lengan galaksi pilin (lihat kedudukan Matahari), kelihatan sebagai jalur berkabut daripada cahaya putih dalam langit malam melengkung melintasi seluruh sfera cakerawala yang bermula dari bintang-bintang dan bahan lain yang terletak dalam satah galaksi. Kecondongan satah Bima Sakti adalah kira-kira 60° pada ekliptik (satah orbit bumi) dengan Kutub Galaksi Utara yang berada jarak hamal 12j 49m, kecuraman +27.4° (B1950) berhampiran beta Comae Berenices. Kutub Galaksi Selatan adalah berhampiran alpha Sculptoris.
Pusat galaksi terletak dalam arah Sagittarius dan kemudiannya, Bima Sakti "bergerak" (ke arah barat) melalui Scorpius, Ara, Norma, Triangulum Australe, Circinus, Centaurus, Musca, Crux, Carina, Vela, Puppis, Canis Major, Monoceros, Orion & Gemini, Taurus, Auriga, Perseus, Andromeda, Cassiopeia, Cepheus & Lacerta, Cygnus, Vulpecula, Sagitta, Aquila, Ophiuchus, Scutum dan balik kepada Sagittarius.
Bima Sakti tampak paling terang dalam arah buruj Sagittarius, ke arah pusat galaksi. Jika dibandingkan dengan khatulistiwa cakerawala, ia bergerak sejauh buruj Cassiopeia di utara dan buruj Crux di selatan, menunjukkan kecondongan satah khatulistiwa Bumi dan satah ekliptik yang tinggi dibandingkan dengan satah galaksi. Fakta bahawa Bima Sakti membahagikan langit malam kepada lebih kurang dua hemisfera yang sama menunjukkan bahawa Sistem Suria berada dekat dengan satah galaksi. Bima Sakti mempunyai permukaan kecerahan yang agak rendah menyebabkan ia sukar dilihat dari kedudukan bandar mahupun subbandarpencemaran cahaya. manapun yang dijejaskan oleh.